+ PENGENALAN +

on Thursday, April 30, 2009





KEMAH BT 13 merupakan kem milik penuh Norhaz Bina Sdn Bhd beralamat di Bt 3/4 Jalan Mahmood 84150 Pt Jawa, Muar Johor. Kem ini sudah mula beroperasi sejak 29 Sept 2004. Kem ini merupakan tempat yang menyediakan perkhidmatan kem swasta dan pernah digunakan oleh Biro Tatanegara untuk kursus-kursus asas dan SSM. Malahan, pelbagai sekolah dan persatuan lain juga pernah menggunakan khidmat KEMAH Bt 13 sebagai medan pelaksanaan pelbagai jenis kursus.


OBJEKTIF

  1. Menyediakan tempat latihan jasmani dan rohani bagi para peserta tanpa gangguan kesibukan kota. Tempat ini berada jauh dari kawasan bandar-bandar besar serta mempunyai suasana yang aman dan tenteram
  2. Melatih para peserta menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, agama, masyarakat dan negara.
  3. Mengerah para peserta memberi perhatian sepenuhnya kepada program atau kursus yang dijalankan.
  4. Menyokong program dan dasar pembangunan rakyat yang dikendalikan oleh BTN dan termasuk jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
  5. Menghidupkan kembali kawasan khemah kerja dengan riadah.


0 comments:

Post a Comment